Tuesday, 4 October 2016

Latest "Football Boots" Yang Hangat Di Pasaran

Nike - Hypervenom Phantom II FG - Neymar x Jordan

Kasut bola di bawah ini diinspirasikan oleh dua orang bintang bola sepak dunia dan pemain bola keranjang iaitu Neymar dan Michael Jordan. Ini merupakan kali pertama Nike membuat kasut bola sebegini.






Latest "Football Boots" Yang Hangat Di Pasaran

Adidas - Ace 16.1 Primeknit FG (White/Gold Black/White Metallic)





Adidas - Ace 16+ Purecontrol FG (White/Core Black/Gold Metallic)






Piala Dunia

Piala Dunia FIFA, atau selalunya disebut sebagai Piala Dunia (Bahasa Inggeris: FIFA World Cup) merupakan pertandingan yang paling penting dalam bola sepak antarabangsa. Ia dianjurkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Federation Internationale de Football Association), organisasi yang mentadbir sukan berkenaan dan ia dipertandingkan oleh pasukan-pasukan bola sepak kebangsaan lelaki dari kalangan negara-negara ahli FIFA. Kejohanan ini diadakan setiap empat tahun sejak 1930 (kecuali dalam tahun 1942 dan 1946 disebabkan oleh Perang Dunia Kedua). Walau bagaimanapun, ia lebih merupakan acara yang sentiasa berjalan kerana pertandingan kelayakan mengambil masa tiga tahun di antara pusingan-pusingan akhir.

Fasa pertandingan akhir (biasanya dipanggil sebagai pusingan akhir) melibatkan 32 pasukan kebangsaan yang bertanding selama empat minggu di negara tuan rumah yang dicalonkan, yang mana pertandingan ini merupakan pertandingan yang paling ramai penontonnya di dunia.
Sepanjang 19 kejohanan yang telah diadakan, hanya lapan negara sahaja yang pernah memenangi pusingan akhir Piala Dunia iaitu Brazil yang menang sebanyak lima kali kejuaraan dan juga satu-satunya pasukan yang tidak terlepas satu kejohanan pun; diikuti Jerman dan Itali dengan empat kejuaraan; Uruguay (juara pertama Piala Dunia) dan Argentina dengan dua kejuaraan setiap satu pasukan; dan England, Perancis dan Sepanyol satu. Juara semasa adalah Jerman yang menjuarai Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.

Kejohanan Piala Dunia seterusnya diadakan di Russia pada tahun 2018.

Senarai pemenang Piala Dunia (1930-2014)
  1. 1930 – Uruguay.
  2. 1934 – Italy.
  3. 1938 – Italy.
  4. 1950 – Uruguay.
  5. 1954 – German FR.
  6. 1958 – Brazil.
  7. 1962 – Brazil.
  8. 1966 – England.
  9. 1970 – Brazil.
  10. 1974 – German FR.
  11. 1978 – Argentina.
  12. 1982 – Italy.
  13. 1986 – Argentina.
  14. 1990 – German FR.
  15. 1994 – Brazil.
  16. 1998 – France.
  17. 2002 – Brazil.
  18. 2006 – Italy.
  19. 2010 - Spain
  20. 2014 - Germany 
Jenis Jenis Bola Yang Digunakan Sewaktu Piala Dunia Berlangsung 





 Piala Bagi Juara Piala Dunia


Piala Eropah UEFA

Piala Eropah UEFA atau (Bahasa Inggeris: UEFA European Championship) adalah kejohanan bola sepak terbesar antara negara-negara UEFA. Diadakan setiap empat tahun sekali sejak 1960, kejuaraan ini pada awalnya dinamakan sebagai Piala Negara-Negara Eropah (European Nations Cup), kemudian diganti dengan Kejohanan Bola Sepak Eropah (European Football Championship) pada 1968.

Dari 1960 hingga 1976 hanya empat pasukan yang layak dari pusingan kelayakan ke kejohanan akhir. Dari 1980 hingga 1992, lapan pasukan layak menyertai dan semenjak 1996 hingga kini enam belas pasukan bermain pada kejohanan ini.Pasukan-pasukan tersebut dipilih melalui perlawanan pada pusingan kelayakan. Tuan rumah mendapat tempat secara automatik.

Berikut merupakan senarai pemenang Piala Eropah UEFA (1960-2016)


Di bawah ini merupakan revolusi bola yang digunakan pada setiap perlawanan.


Piala Pemenang Piala Eropah UEFA 

 

Undang-Undang Dalam Sukan Bola Sepak

HUKUM 8 - Sepak Mula

Perlawanan dimulakan dengan tiupan pengadil. Pengadil akan memberi isyarat bersedia kepada penjaga gol sebelum meniup wisel. Pemain yang memulakan perlawanan harus menyepak bola kedepan sesudah wisel ditiup. Jika terdapat kekasaran pengadil akan menghentikan permainan dan memberi sepakan percuma kpd pemain yg dijatuhkan atau dikasari.

HUKUM 9 - Ball In dan Out of play


Apabila bola keluar, balingan masuk akan dilakukan, balingan perlu dilepaskan sebelum melepasi kepala pemain yg membuat balingan. Jika melepasi kepala, balingan bertukar tangan ke pemain lawan. Balingan kedalam tidak mempunyai offside.

HUKUM 10 - Jaringan Gol


Pemain boleh menjaringkan gol dengan cara sepakan bebas, sepakan percuma, tandukan, sepakan oleh penjaga gol dan dari sepakan sudut. Situasi gol terbatal adalah offside, balingan terus kedalam gawang dan sepakan gol kick terus tanpa sentuhan.

HUKUM 11 - Offside


Offside berlaku apabila pemain lawan melebihi pemain terakhir pasukan (selain penjaga gol) sebelum bola smpi kepada beliau. Offside tidak dikira jika semua pemain pertahanan naik atas melepasi garisan tengah dan pemain lawan berada dibelakang mereka (pemain lawan juga dibelakang garisan tgah padang)

HUKUM 12 - Kekasaran Pemain


Pengadil akan memberi sepakan percuma jika berlaku kekasaran. Kekasaran mempunyai beberap jenis. Antaranya adalah pelanggaran antara badan dengan niat menjatuhkan pemain dan bukan mendapatkan bola, menyepak kaki pemain lain dan bukan mendapatkan bola, menanduk pemain lawan dengan sengaja, menarik pemain lawan bagi menghalang mendapatkan bola, menyiku pemain lawan, menumbuk pemain lawan dan mengangkat kaki dengan tinggi melebihi paras dada. Kesalahan yg berat dan berulang akan menyebabkan pemain dilayangkan kad kuning atau merah.

HUKUM 13 - Sepakan Percuma


Sepakan diberikan pengadil jika berlaku kekasaran, kecederaan pemain atau gangguan dalam perlawanan. Sepakan percuma terus diberikan jika diluar kotak penalti dan boleh terus menjaringkan gol. Sepakan tidak terus adalah apabila berlaku kecederaan, pemain perlu kembalikan bola dgn menendang bola ke arah padang pasukan lawan.

HUKUM 14 - Sepakan penalti


Sepakan penalti diberikan jika kekasaran berlaku didalam kotak penalti. Kekasaran seperti menarik pemain, menyepak pemain atau menolak pemain dlm kotak penalti akan menyebabkan sepakan penalti. Gol dikira jika melepasi garisan gawang gol.

HUKUM 15 - Lontaran kedalam dan sepakan sudut


Lontaran kedalam tiada offside. Pemain lawan boleh berada dibelakang pemain terakhir bagi mendapatkan bola. Tetapi lontaran kedalam yg terus ke gawang tidak dikira melainkan ada sentuhan dari pemain lain. Sepakan sudut diberikan jika bola melepasi garisan gol lawan dan disebabkan pemain lawan. Sepakan sudut boleh terus ditanduk atau disepak untuk menjaringkan gol.

Undang-Undang Dalam Sukan Bola Sepak

Undang-Undang telah dikuatkuasakan dalam sukan bola sepak ini bagi memastikan tidak ada sebarang kejadian di luar jangkaan berlaku sewaktu sepak mula permainan bola sepak di dalam mahupun di luar padang stadium. Berikut merupakan undang-undang yang telah diterbitkan oleh FIFA(Federation International de Football Association) :

HUKUM 1 - The Field of Play

Padang. Bergantung kpd usia pemain. Pemain berumur 12 tahun ke bawah menggunakan padang yang  lebih kecil berbanding pemain berumur 17 tahun.

HUKUM 2 - The Ball 


Bola yang digunakan saiz 5. Bagi kanak-kanak saiz bola lebih kecil mengikut kesesuaian.

HUKUM 3 - Jumlah Pemain


Setiap pasukan harus mempunyai minimum 8 pemain dan maksimum 11 dalam padang termasuk penjaga gol.

HUKUM 4 - Alatan Pemain


Pasukan mesti mempunyai jersey, warna yg berbeza bagi mengelakkan kekeliruan. Pemain perlu memakai shinpad, kasut bola, stokin baju dan seluar. Kasut bola stud besi dilarang pada peringkat kanak-kanak

HUKUM 5 - Pengadil

Pengadil setiap perlawanan adalah sebanyak 5 orang. Referee, dua lines man. Dua pengadil simpanan. Jika referee mengalami kecederaan, pengadil simpanan akan mengambil alih.

HUKUM 6 - Linesman


Linesman bertanggungjawab membantu pengadil dalam membuat keputusan. Linesman akan memberi isyarat bagi bola keluar, sepakan gol, kekasaran , throw in dan juga offside.

HUKUM 7 Masa permainan


Masa mengikut tahap pertandingan. Liga Super Malaysia 45 minit utk separuh masa. Bg pertandingan biasa 10 minit untuk separuh masa. Untuk liga-liga biasa 30 minit separuh masa. Masa memainkan peranan penting kerana tahap pemain yg berbeza memerlukan masa yg bersesuaian.

 



Pengalaman Penulis...

Bermula pada tanggal 2015, sebuah pasukan telah ditubuhkan secara tidak diduga. Pada mulanya hanya mempunyai 6 orang pemain yang menyertai pasukan ini. Diketuai oleh bekas kapten pasukan Kampung Balun, Slim River, Naib Pengarah En.Hilal. Terdapat dua orang pemain yang turut memberi komitmen yang tinggi terhadap pasukan ini iaitu, CEO blog ini sendiri En Rahim yang dahulunya pernah mewakili pasukan rumah sukan sewaktu di bangku sekolah rendahnya. Kemudian, tidak lupa jugak kepada Tuan Muda Azfar yang merupakan ayam tambatan dalam pasukan Persatuan Peladang Negeri Kedah. Tuan Muda Azfar juga dikenali sebagai seorang yang mahir dalam pertahanan hanya dengan berkaki ayam.

Setelah beberapa minggu berlatih, tidak kira waktu dan tempat, walau hujan ribut sekalipun, tetap kami redah untuk berlatih. Tanpa diduga kami telah berjaya menarik perhatian ramai sehingga ada yang merayu untuk menyertai pasukan kami. Beberapa saringan telah dijalankan bagi memilih yang terbaik daripada yang terbaik dalam daerah Muallim ini. Hasilnya, kami telah berjaya menyenarai pendek nama lapan belas pemain yang layak menyertai pasukan ini. Kebanyakan daripada mereka ini ada kelebihan yang tersendiri dan pernah mewakili sekolah masing masing. Ada juga yang sanggup menolak tawaran bermain untuk negeri U18 hanya untuk bermain bersama kami. Di sini kami bertiga melihat yang pasukan kami mempunyai potensi yang amat tinggi untuk pergi lebih jauh. Akhirnya, terbentuk lah sebuah pasukan Slim River FC secara rasmi pada pertengahan 2016.


Hari Pemilihan 












Ujian Saringan