Bermula pada tanggal 2015, sebuah pasukan telah ditubuhkan secara tidak diduga. Pada mulanya hanya mempunyai 6 orang pemain yang menyertai pasukan ini. Diketuai oleh bekas kapten pasukan Kampung Balun, Slim River, Naib Pengarah En.Hilal. Terdapat dua orang pemain yang turut memberi komitmen yang tinggi terhadap pasukan ini iaitu, CEO blog ini sendiri En Rahim yang dahulunya pernah mewakili pasukan rumah sukan sewaktu di bangku sekolah rendahnya. Kemudian, tidak lupa jugak kepada Tuan Muda Azfar yang merupakan ayam tambatan dalam pasukan Persatuan Peladang Negeri Kedah. Tuan Muda Azfar juga dikenali sebagai seorang yang mahir dalam pertahanan hanya dengan berkaki ayam.
Setelah beberapa minggu berlatih, tidak kira waktu dan tempat, walau hujan ribut sekalipun, tetap kami redah untuk berlatih. Tanpa diduga kami telah berjaya menarik perhatian ramai sehingga ada yang merayu untuk menyertai pasukan kami. Beberapa saringan telah dijalankan bagi memilih yang terbaik daripada yang terbaik dalam daerah Muallim ini. Hasilnya, kami telah berjaya menyenarai pendek nama lapan belas pemain yang layak menyertai pasukan ini. Kebanyakan daripada mereka ini ada kelebihan yang tersendiri dan pernah mewakili sekolah masing masing. Ada juga yang sanggup menolak tawaran bermain untuk negeri U18 hanya untuk bermain bersama kami. Di sini kami bertiga melihat yang pasukan kami mempunyai potensi yang amat tinggi untuk pergi lebih jauh. Akhirnya, terbentuk lah sebuah pasukan Slim River FC secara rasmi pada pertengahan 2016.
 |
Hari Pemilihan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 |
Ujian Saringan |
No comments:
Post a Comment