Tuesday, 4 October 2016

Piala Dunia

Piala Dunia FIFA, atau selalunya disebut sebagai Piala Dunia (Bahasa Inggeris: FIFA World Cup) merupakan pertandingan yang paling penting dalam bola sepak antarabangsa. Ia dianjurkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Federation Internationale de Football Association), organisasi yang mentadbir sukan berkenaan dan ia dipertandingkan oleh pasukan-pasukan bola sepak kebangsaan lelaki dari kalangan negara-negara ahli FIFA. Kejohanan ini diadakan setiap empat tahun sejak 1930 (kecuali dalam tahun 1942 dan 1946 disebabkan oleh Perang Dunia Kedua). Walau bagaimanapun, ia lebih merupakan acara yang sentiasa berjalan kerana pertandingan kelayakan mengambil masa tiga tahun di antara pusingan-pusingan akhir.

Fasa pertandingan akhir (biasanya dipanggil sebagai pusingan akhir) melibatkan 32 pasukan kebangsaan yang bertanding selama empat minggu di negara tuan rumah yang dicalonkan, yang mana pertandingan ini merupakan pertandingan yang paling ramai penontonnya di dunia.
Sepanjang 19 kejohanan yang telah diadakan, hanya lapan negara sahaja yang pernah memenangi pusingan akhir Piala Dunia iaitu Brazil yang menang sebanyak lima kali kejuaraan dan juga satu-satunya pasukan yang tidak terlepas satu kejohanan pun; diikuti Jerman dan Itali dengan empat kejuaraan; Uruguay (juara pertama Piala Dunia) dan Argentina dengan dua kejuaraan setiap satu pasukan; dan England, Perancis dan Sepanyol satu. Juara semasa adalah Jerman yang menjuarai Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.

Kejohanan Piala Dunia seterusnya diadakan di Russia pada tahun 2018.

Senarai pemenang Piala Dunia (1930-2014)
  1. 1930 – Uruguay.
  2. 1934 – Italy.
  3. 1938 – Italy.
  4. 1950 – Uruguay.
  5. 1954 – German FR.
  6. 1958 – Brazil.
  7. 1962 – Brazil.
  8. 1966 – England.
  9. 1970 – Brazil.
  10. 1974 – German FR.
  11. 1978 – Argentina.
  12. 1982 – Italy.
  13. 1986 – Argentina.
  14. 1990 – German FR.
  15. 1994 – Brazil.
  16. 1998 – France.
  17. 2002 – Brazil.
  18. 2006 – Italy.
  19. 2010 - Spain
  20. 2014 - Germany 
Jenis Jenis Bola Yang Digunakan Sewaktu Piala Dunia Berlangsung 





 Piala Bagi Juara Piala Dunia


No comments:

Post a Comment